Jom 100% BM Daerah Raub

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.Alhamdulillah hasil dari mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Daerah Raub yang telah diadakan di SMK Gali,Raub pada 23 Februari 2011 melahirkan cetusan idea yang spontan dari saya untuk membina blog Panitia Bahasa Melayu Daerah Raub ini adalah semata-mata untuk mengeratkan lagi hubungan guru-guru Bahasa Melayu di daerah ini seterusnya bertukar-tukar idea dan pendapat bagi meningkatkan prestasi,kualiti, serta intergriti guru Bahasa Melayu di daerah ini.
Berbesar harapan saya sekiranya semua guru di daerah ini memberi sebarang sumbangan khususnya menyumbang bahan-bahan ,maklumat-maklumat,soalan-soalan,latihan-latihan atau apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu terutama apa yang telah diperaktikkan di sekolah tuan puan agar dapat dikongsi bersama dengan semua guru Bahasa Melayu bagi memantapkan lagi blog ini.
Mudah-mudahan dengan kerjasama dan keiklasan kita diharapkan keputusan Bahasa Melayu di daerah ini melonjak tinggi.AMIN...!!!!

TAKLIMAT PLBS DAERAH RAUB

TAKLIMAT PLBS DAERAH RAUB
Taklimat telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahbandar Hussain Pada: 04 April 2011 : Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

TAKLIMAT HAKIM KARNIVAL KOAKADEMIK BM PERINGKAT DAERAH

Tarikh Taklimat: 27 Feb, 2012.
Tempat: Dewan Makan Smk.Mahmud, Raub, Pahang.
Masa: 10.00 pagi

Wednesday, February 23, 2011

BAHASA JIWA BANGSA

Assalamualaikum.Sejarah telah tercatat bahawa Bahasa Melayu telah menjadi bahasa dunia di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan yakinlah bahawa sejarah ini akan berulang sekiranya tonggak utama Bahasa Melayu iaitu guru-guru Bahasa Melayu dapat  menterjemahkannya tanpa syak dan ragu.

Followers